LAILAHAILLAHUWAASYHADUANNAMUHAMMADURRASULLAH "SESUNGGUHNYA,AKU NAIK SAKSI,TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"...ALLAHUAKBAR...ISLAM AGAMAKU..SOLEHAH IMPIANKU...SUAMI SOLEH DAMBAANKU..AMINNNNNNN...


Wednesday, June 27, 2012

Allah's test

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wbt....
hye guys..rini dh dkt 7 bulan sy pkai tdung labuh n berpakaian mnutup aurat n alhamdulillah,my changes with ikhtilat n no more tabarruj..n yg pntg hti rsa sgt dkt dgn Allah..wink2..masyaAllah,bkn niat utk meninggi dri apth lg riak...sy just rsa hidup sy mkin brmkna n mkin bersinar sbb dlu sy byk rasa dri sy lost...yes,definitely,dlu cpt ptus asa,klu ada bnda xpuas aty n skit aty,hnye Allah yg thu prangai temper sy cmne..i prefer to hurt myself..which mean,i akn tmbuk dinding,pstu g tmpt sunyi,then cry.yes,dats what i did to express out my anger...definitely not anger but just unsatisfaction caption,tp i make it bigger n i didnt think in proper way...dats y,i rather choose to hurt myself than hurt the person who hurt my heart..im a strict n currently hate unfair situation..but,itu dlu..before my patience just like onion skin thin...mmg temper n prangai mcm apa je dlu..childish n emotional person..org wat slh skit,mmg ada je nk mrh...yeah,its me..i dont know how to control my anger..im easily get mad if xpuas aty..rmai complained n keep avoiding me..mmg time tuh,rsa cam,i dont get much fren...in proper way,i dont have much bestfren to express out my unsatisfaction feeling..mmg rsa down pd dri sndri pon ada..

i prnh trpiki,nothing impossible if i changed myself..i supposedly start by controlling my anger..n what i did is,i  prefer to cry bila waktu doa..Ya Allah,its relief..siyesly,i try it often n what made me become better is after i doa n crying,i sujud blik..Ya Allah,the feelings is definitely clueless..bkn nk riak...siyesly,dont think like that k korang..btul la org ckp,lps luah dkt Allah,kta akn rasa lbih tenang..Alhamdulillah..dats my way rite now on how to release my stress...lbih best bila kta iringi dgn bcaan Al-quran lps tuh..:)..specially bc surah al-Kahfi..n my changes keep going on..i xprnh niat hnye utk tkr pemakaian shj,tp niat i,nk jd btul2 solehah n mnjd ketua bidadari di syurga nnti..amin Ya Rabbal Alamin..May ALLAH listen to my wish..T__T..how i love my lord so much..

br2 nih,i br je tmtkan praktikal as a foundation studnt dkt uniKL RCMP..i wat premdical...Alhamdulillah,everything went smoothly..tp i lalai sbb trlalu taksub dgn bnda2 duniawi..n Allah bg dugaan pd sy skali lg..nver mind,it shows how Allah love me so much..i dont get any place as a medical studnt kt RCMP..Ya ALLAH,bg sy,mmg agk sdih n mmg frust tuh deeply scattered in my brain n heart..yela,blaja mcm ape je tme foundy,even foundy tp its my 2nd time doing foundation after asasi uitm..mmg kt KMKN blaja probably like crazy..huhu..tp i dont cry..even mama saw me blankly n asked me,why i didnt cry over the failure...emm...i try to calm down,siyesly,dat situation were so in sadness mode...mama's eyes which full of hope keep looking into my eyes...tp i just act like nothing happen...i just tell Mama,Alhamdulillah,dugaan dri Allah lg..n run into my room to isolate myself..in my room,i sat on my bed blankly,thinking on my failure to get any seat as a medical student at RCMP..but then,i try to think back,setiap yg Allah rncang,psti adlh ssuatu yg trbaik...yes,Allah's planning..i keep that postive thought..then,i amek wuduk n siyesly,i xnanges n redha serta merta...yes,before this,i had faced many failure in my life...since asasi smpai 2nd times foundation..n this is the latest...klu ada failure je,knpm i nanges pstu ngamok2..brukkan prangai sy dlu..well,tuh zmn xmtang..hehehe...but now,i can think n act like a woman in adolescence..:)..Thanx Allah for keep giving tests for me..pd sy,jika kegagalan sy dlm mentarbiyah dri sndiri n rasa dri mkin jauh adlh test dr Allah,itu br sy rasa kegagalan terbesar sy..

saudara saudari,cikebum2...nk jd solehah bkn mudah..Hanya Allah yg thu,btapa sy trlalu rndukan khidupan sy brpakaian yg dlu tp bila piki blik,smua tuh mngundang dosa..aurat sy trdedah sini sana...perangai mcm ape je..ikhtilat xsah duk habaq la..mcm2 keburukan sy dlu,sy nmpk skarang..can u imagine,dlu i pkai mekap,pkai bju stylo,tdung lilit smpai terbelit leher,pkai tdung tp aurat trdedah,heels mmg tabiat aku klu g kls..emm,but now,i realise,those just wasting up my money n time..how i feel so pure on my outfit rite now,ecewah,geli je kan...tp syukur Alhamdulillah,perubahan sy wpon mndadak,tp ia brlaku sbb niat n nawaitu sy dah lma,cma masa je yg xde tme tuh..tp lps sy change,smua pkaian yg sy xnk,sy ltk dlm plastik n mntk mama bg dkt org2 ssh..specially shawls n blouse yg i rasa sgt2 seksi baq hang..sbb i xnk trgoda blik n become like i used to be before...hehehe...fesyen skarang mkin mnjd2,pmkaian tdung mkin lawa sy tgk tp sy jd krang trgoda n jd cam xde prasaan...hahaa..klu dlu,xleh tgk fesyen tdung plik,trus nk beli shawl nih la,blouse la n etc...pstu,pkainye skali je,mmg kna hempuk la..mmbzir je keje sy dlu...Alhamdulillah,Allah ttpkan iman n hati sy..Allah xnk sy kmbali pd yg dlu..dats y,sy xkesa org ckp sy kolot,ktingglan zmn,sbb bg sy,Allah itu maha adil,kta tgk sape yg kolot n ketinggalan zmn di akhrat nnti...byk saksi kita di akhrat nnti,so,bersedialah whai muslimah2 yg krang sedar tntg pmakaian seorang muslimah yg sbnr..siyesly,x offence..xde niat nk kondem sape,just giving some sort of advice la kot..heeeeeeeeee..:)



insyaAllah,bila sudah nekad,ini akn jd sbahagian sy..doakan kalian..:)


mkin lma,mkin dkt dri dgn Allah...yes,percayalah,nk dkt dri ngn Allah senang je,ckupkan solat fardhu,bc quran,sntiasa lakukan solat sunat n mngadulah pdNya..wpon x brsuara tp ketenangn hati itu ckup2 indah..pstu,sekurang2nya wat la puasa sunat sekali seminggu..:)..dats my way..cara anda bagaimana??tepuk dada tnye selera...mngkn bila bc,so boredkan..tp lntk la,eden punyo caro nok menulih mcm mano aih..:)..hehehehe..btw,thanx for reading my sweet n adorable readers..May Allah bless ur changes too..sma2 brubah k smua,jgn tnggu hidayah dtg brgolek,br ingt nk brubah..no,psang niat n keep finding the truth of urself k..:)..

Saturday, June 16, 2012

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com/

Tuesday, June 12, 2012

VERSUS???



Assalamualaikum wbt..
hye sisters n brothers...woah..kinda weird jotting down those title rite???yes..im pretty sure,people might ask me,why did i used this kinda of title..emm..probably,im just finished reading a book written by hlovate..yerp..the title is versus..yes,kinda a late n lame la...k fine..i'd rather choose something based on love only earlier..without knowing that this book obviously awesome..yes..im in awed after reading it...how the transformation happens towards the main role....how islamic version lives in their life..constantly thinking that,how hlovate manage to know everything related to street life until deep in islamic version..i was like,can i meet the hlovate??i want to greet n praised hlovate coz she is awesome...street life??i even dont know their lifestyle n didnt think that,street girl would transform into a true muslimah..n how i adore her which the main character...she probably know how to study islamic...she showed her faith in islam...
while reading,i feel myself really not worth to be true muslimah..how i am not trying study al-quran more deeply...eventhough,i read those tafsir,but,i still rather forget it when it comes to true life..i didnt even know how to practice it..YA Allah,the book really brought me into another lifestyle..the book related to baitul muslim??yes,a lil bit thinking that,im x worth enough to endeavour it yet...since,my faith still on the floor..just thinking,i supposedly seed in my faith n love to Allah more and my parent even more...since,they raised me up..n i admit,my heart already taken,he even brought n changed me into muslimah n told me about islamic based like how to be a good muslimah,lead me to change my attitude,asked me to take good care of my ikhtilat n bla3..hehehe.....Ya ALlah,how i owed him..btw,let Allah decide our fate..ecewah..ouh,but,currently,thanx to Allah more n more bcoz Allah give me some guidance n lead me to change my attire n ikhtilat...Alhamdulillah..still,in istiqomah..aminn Ya rabb....but,i still feel the lost in myself..i feel Allah still want me to change myself into a better person..yes,probably feel lost..i know,i left something while changing.hoho....haih..no,its just a desire to know how to bring n move those faith love in a ship towards Allah,insyaAllah..
Oh Allah,now,i know how wonderful in loving Allah n rasul more..it really useful...how i love my saudara2 seislam..how they brought me up into who i am now..but,still,im on my way to maintain my ikhtilat...YA Allah,please be my guidance...hoho...btw,can i continue with VERSUS..kinda borink while reading the changes of me kan???relax...anggp iklan suda..(boo)...emmm...truly,i am suggesting to all readers who really want to change urself,u bttr read this kinda of book..as for ur starting to transform..but for me,nothing much to related to changes..tp kearah kebaikan bersama....since,this book full of quran versus...the tafsir really made me cry...how i am so touch with every words comes out from AlQuran...awesome...bombastic n really2 good....akhawat2 n ikhwan2 sekalian...berubah xslh n sgt2 digalakkan dlm islam,tp biarlah niat kta tuh btull..yes..probably,im telling u that,the transformation is all about into optimus prime,not into megatron..pliz guys..changes isn't that easy..require a lot of effort..but,once u change,u would probably satisfied..siyesly,i wont say anyting since i myself just 50% changes myself from stylo n gedik gurl...now,i wont mind if people say me so lame n old fashion girl based on my attire...sbb i rsa,this kinda of attire,would bring me to heaven..yeah..im stick to this word...so,brothers n sisters,lets change ourselves into a much2 better person..doesnt need to change drastically..just start slowly...believe me,if u have faith n believe Allah as our supporters n guidance,Allah probably will be by our side...yes,start with taking good distance behaviour with different gender a.k.a ikhtilat(pergaulan)...come on guys,u know what' is  the best for u kan??think postif..insyaAllah,Allah always with us...slm ukhuwah...:)..thanx for reading..

Friday, June 8, 2012

Ikhtilat atau Muamalat??

 Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan/percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram. Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah. Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing. Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat. Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya. Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan? Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. Sabda Rasulullah SAW, عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك )) حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن. Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim) FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

meh beli..murah2