Assalamualaikum wbt
Act sy tertarik dgn beberapa hadith dan kebenaran yg mngtakan ttg wanita…
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
p/s-mulianya nilai doa seorang ibu..T__T
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
P/s-begitu besar kemuliaan seorang ibu yg sdang mngandungkan janinnya..:’(
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
P/s:kesakitan yg tidak mmpu trucap dibls dgn pahala org brjihad…semoga ana trgolong dikalangan trsbut..aminn..:)
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
p/s:Allah terlalu mengasihi pengorbanan perempuan yg snggup melahirkan anak dengan menyucikan dosa2 perempuan tersebut..:)
5. Hadith ini sahih.(HR Muslim)
Hadis riwayat Aisyah ia berkata:Seorang perempuan bersama dua orang putrinya datang kepadaku untuk meminta-minta, namun dia tidak mendapatkan sesuatu apapun dariku kecuali satu buah kurma. Lalu aku pun memberikan buah korma itu kepadanya yang segera ia ambil dan dibagikan kepada kedua orang putrinya sedangkan ia sendiri tidak memakan sedikit pun dari buah korma itu. Kemudian dia pun bangkit dan beranjak pergi bersama kedua putrinya. Lalu Rasulullah S.A.W datang menemuiku dan aku ceritakan kepada beliau tentang perilaku wanita tadi. Lalu beliau bersabda: Barang siapa mendapat suatu cobaan berupa anak-anak perempuan kemudian ia berbuat baik terhadap mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
p/s:anak2 perempuan adlh amanah..jika dibajai dengan baik,insyaAllah,anak akn mnjd seorang yg taat..semoga Allah merahmati anak2 yang mencintai ibubapanya n rasul serta yang utama iaitu Allah..
6. Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui RasulluAlllah saw meminta pandangan baginda untuk dia ikt serta dalam ekspedisi berjihad.Rasullah saw bertanya: "adakah kamu ada ibu?"Jahimah menjawab : "Ya!" Lalu RasulluAllah saw bersabda:"tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya".(Albani mensahihkannya dalam Sahih sunan an-nasai'e.
P/s:betapa rasulullah menyayangi umatnya yg mencintai ibunya..:)
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
P/s:Allahurabbi..anak perempuan terlalu bernilai n Allah meletakkan darjat seorang perempuan lebih tinggi berbanding lelaki..
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
P/s:ana setuju dan anak perempuan tanggungjwb tp jgnla sampai tiada keadilan dalam pembahagian tersebut..
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
P/s:insyaAllah,sama2 kita mujahadah dan tarbiah diri kita dlm mmbntu suami nnti..ana xkawen lg,so sbg input..:)
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
P/s:hadis yang sering mnjdi inspirasi buat kaum muslimah seperti ana..insyaAllah..
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
P/s:insyaALlah…na jd solehah bknlah mudah…tp keazaman yg kuat mnjdkan urusan lebih mudah..insyaAllah..
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
P/s:tanggungjwb si lelaki akhrnya kepada ibunya jua..maka,kembali taatlah kalian kepada ibu…
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
P/s:sesungguhnya syurga seseorang itu adalh di tapak kaki ibunya..
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
P/s:insyaAllah,menjadi isteri solehah adalah impian wanita muslimah..aminn
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
P/s:suamilah menentukan kedudukan isteri di akhrat nnti..bajailah isteri dgn nilai2 islam dlm rumahtangga..
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
P/s:^__^
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
P/s:tingginya nilai sang ibu..:)
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
P/s:kebaikan yg ditunjukkan tnpa mengambil kesempatan keatas amanah Allah untuk si bapa akan terbls jika Allah merahmatinya..
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
P/s:
No comments:
Post a Comment